...Novel Hikmah... Inti Pati Bab...


Inti Pati Bab


Bab 1:  Sakit Hati

- Amri dikenakan hukuman rotan oleh Cikgu Salman akibat daripada aduan Sapura tentang salah laku Amri.
- Amri berdendam terhadap Sapura dan merancang untuk mengenakannya.


Bab 2:  Berwaspada

-  Sapura diingatkan oleh Rozita agar berwaspada terhadap Amri
-  Sapura mengimbas kembali kejadian Amri membuli:
    -  Mendengar Saleh meminta tolong
    -  Ternampak Amri sedang memarahi Saleh
    -  Menurut Amri, dia mengajar budak itu agar menghormati murid yang lebih tua.
    -  Saleh mengiakannya.
    -  Mengadukan hal tersebut kepada Cikgu Salman
    -  Di depan Cikgu Salman, Saleh mengakui bahawa dialah yang bersalah.
    -  Saleh diberi amaran oleh Cikgu, Amri pula dirotan di punggung.
    -  Amri tidak berasa sakit sebaliknya tersenyum sinis kepadanya. 


Bab 3:  Kesusahan Hidup

-  Di rumah Amri:
    -  Emak Amri mengadukan rasa segan - hutang kepada Pak Dolah terlalu banyak yang belum berbayar.
    -  Sikap ayah Amri yang tidak bertanggungjawab menyempitkan hidup mereka - hati Amri memberontak            
        puas apabila melihat orang merana kerana perbuatannya di sekolah. 


Bab 4:  Kekalutan

-  Malam itu ayah Amri pulang:
    -  Meminta duit daripada emak Amri.
    -  Menyelongkar gerobok pakaian - mengambil duit yang ada.
    -  Merentap gelang emas tinggalan arwah nenek.
    -  Amri menghalang ayahnya keluar - meminta ayah memulangkan gelang emak.
    -  Amri ditampar ayah.
    -  Emak memujuk Amri agar bersabar dengan perbuatan ayah.


Bab 5:  Rintihan Hati

- Amri ke sekolah dengan kesan lebam pada pipi - Amri beralasan dia tergelincir.
-  Amri tidak mahu bercerita tentang penderitaan jiwanya kepada sesiapa pun:
-  Pada waktu rehat, Amri mengasingkan diri - merintih sendirian.
-  Ingin meredakan tekanan perasaannya dengan membuli murid lain - teringatkan sapura.
-  Merancang untuk mengenakan sapura.


Bab 6:  Mengenakan Sapura

-  Amri menunggu Sapura di tempat meletak basikal 
   -  Sapura hairan melihat gelagat Amri.
-  Amri berpura-pura hendak meminta maaf kepada Sapura kerana bersikap sombong pada waktu rehat  
    tadi 
-  Amri menunggang basikal beriringan dengan Sapura 
    -  Dia mengatakan bahawa dia telah berubah sikap dan tidak seperti dulu lagi.
-  Ketika melalui kawasan sawah, Amri membrekkan basikalnya secara tiba-tiba - Sapura terjatuh ke dalam  
   sawah kerana hendak mengelak daripada melanggar basikal Amri.
-  Amri ketawa puas hati kerana dapat mengenakan Sapura...


Bab 7:  Bersimpati

-  Amri terkejut apabila mendapati rumahnya berselerak dan dahi emaknya berdarah.
-  Amri terlalu marah akan perbuatan ayah terhadap emaknya.
-  Sapura bersimpati terhadap Amri apabila mengetahui perkara yang sebenarnya - rupa-rupanya Amri tidak  
   senakal seperti yang difikirkannya.
- Sapura membatalkan niatnya untuk memberitahu ibu Amri tentang sikap Amri terhadapnya.  


Bab 8:  Mendapatkan Ubat

-  Amri meminta izin daripada ibunya untuk pergi membeli ubat di pekan.
-  Wang yang ada padanya adalah wang simpanannya dan wang hasil peras ugut murid-murid lain.
-  Amri tiada pilihan - terpaksa menggunakan duit tersebut kerana bimbang akan kesihatan ibunya.  
-  Sepanjang perjalanan ke pekan, fikiran Amri asyik melayang mengingatkan semua peristiwa yang lepas  
    yang telah dilakukannya.  


Bab 9:  Cedera Disamun

-  Amri membeli ubat demam dan ubat luka untuk ibunya di sebuah farmasi.
-  ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Amri ditahan oleh seorang pemuda:  
-  Memberitahu bahawa ada orang pengsan di belakang lorong.
-  Hanya helah pemuda itu untuk menyamun Amri
-  Memukul Amri apabila Amri tidak memberikan wang yang diminta.
-  Amri tidak berdaya untuk berbuat apa-apa lagi.
-  Cedera teruk apabila dipukul oleh dua orang penyamun itu.


Bab 10:  Keinsafan

-  Sapura bertemu dengan Amri yang tidak bermaya di lorong itu.
-  Sapura dan ayahnya membawa Amri ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bertemu dengan ibunya.
-  Amri dan ibunya mengucapkan terima kasih kepada Sapura sekeluarga kerana membantu mereka.
-  Amri menyesal kerana bersikap buruk kepada Sapura.
-  Amri yang sudah insaf - tidak membuli murid-murid yang lemah lagi - pembela kepada murid-murid yang 
   dibulinya dulu.  



0 ulasan:

Catat Ulasan

...MaI bAGI Ikan MaKaN...