...Novel Hikmah... Elemen Novel...

...Elemen Kajian Novel Hikmah...

Tema

Tekanan perasaan yang dihadapi oleh seorang remaja menyebabkannya menjadi nakal di sekolah.

Persoalan

a)  Gejala buli di sekolah.
b)  Perasaan kasih sayang antara anak dengan ibu.
c)  Sikap amanah dan berani dalam melaksanakan tanggungjawab.
d)  Sikap prihatin dalam kalangan masyarakat.
e)  Gejala samun di kawasan bandar.
f)  Dadah dan judi menyebabkan hidup porak-peranda.
g)  Ketabahan dalam menghadapi kesusahan hidup.

Watak dan Perwatakan

Amri

a)  Anak tunggal.
b)  Murid yang nakal.
c)  Ketua pembuli di sekolah.
d)  Anak yang baik.
e)  Penyayang.

Sapura

a)  Pengawas sekolah
b)  Tegas
c)  Amanah
d)  Berani
e)  Pemaaf
f)  Baik hati

Emak Amri

a)  Penyayang
b)  Penyabar
c)  Isteri yang setia

Plot

a)  Peristiwa disusun secara tidak kronologi.  Terdapat peristiwa imbas kembali.  Contohnya, Sapura teringat kembali peristiwa ketika dia hendak ke kantin untuk bersarapan.  Sapura terlihat Amri sedang memarahi seorang pelajar junior.  Bermula daripada peristiwa itulah Sapura melaporkan kepada Cikgu Salman dan Amri dikenakan hukuman.  

b)  Pada permulaan cerita, Amri berasa sakit hati kepada Sapura apabila pengawas sekolah itu mengadukan halnya mengugut Saleh kepada guru disiplin sekolah, Cikgu Salman.  Oleh sebab Sapuralah, dia dirotan oleh Cikgu Salman.  Amri bertekad untuk membalas dendam terhadap Sapura.

c)  Plot berkembang apabila Amri marah kepada ayahnya yang menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga susah.  Ayahnya sering meminta duit daripada ibu Amri.  Amri bersimpati terhadap ibunya.  Amri sangat sayang akan ibunya.  Tetapi Amri tidak berdaya untuk membantu ibunya.  Pada suatu hari, ibu Amri dipukul oleh ayahnya sehingga luka di dahi.  Amri segera ke bandar untuk membelikan ubat untuk ibunya.  

d)  Pada bahagian klimaks, Amri ditahan oleh seorang lelaki yang cuba menyamunnya ketika pulang dari farmasi.  Lelaki itu dan kawannya meminta wang daripada Amri.  Oleh sebab Amri tidak memberikan mereka wang, mereka telah memukul Amri dan menuangkan ubat yang dibeli Amri untuk ibunya.  

e)  Plot mula menurun apabila Sapura dan ayahnya membantu Amri yang cedera dipukul penyamun.  Mereka membawa Amri ke klinik untuk mendapatkan rawatan.  Amri dan emaknya mengucapkan terima kasih kepada Sapura kerana membantu mereka. 

f)  Plot ditamatkan setelah Amri insaf.  Kini, Amri dan Sapura berkawan baik.  Amri juga telah berubah menjadi murid yang baik dan pelindung kepada murid-murid yang lemah.  


Latar

Latar Masa

Waktu siang dan malam

Latar Tempat

a)  Di sekolah
b)  Di rumah Amri
c)  Di kawasan bendang
d)  Di pekan
e)  Di hospital

Latar Masyarakat

a)  Masyarakat pelajar yang membuli dan memeras ugut pelajar yang lebih muda.
b)  Masyarakat pelajar yang takut terhadap pembuli.
c)  Masyarakat yang amanah dan berani dalam menjalankan tugas.
d)  Masyarakat yang sanggup menyusahkan orang lain demi kepentingan diri.
e)  Masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain dan sanggup membantu.


Gaya Bahasa

a)  Bahasa Inggeris - contohnya, junior, senior, hero.
b)  Bahasa Arab  - contohnya, Masya-Allah.
c)  Peribahasa - contohnya, campur tangan, khabar angin, asam garam, pasang telinga, ada 
     udang di sebalik batu, ada ubi ada batas.
d)  Sinkope - contohnya, nak, dah, tak, dik.
e)  Simile - contohnya, seperti kacang busuk, seperti haiwan.
f)  Personafikasi - contohnya, mengukir senyum, jeritan hati, membakar hati.
g)  Metafora - contohnya, loceng rehat, tangkai jiwa, roti panjang.


Nilai 

a)  Bertanggungjawab.  Contohnya, ibu Amri menjalankan tanggungjawab seorang ibu dengan menyediakan makan tengah hari dan wang saku untuk persekolahan anaknya.
b)  Berani.  Contohnya, Sapura berani melaporkan tindakan Amri membuli murid-murid yang lain kepada guru disiplin.  
c)  Amanah.  Contohnya, Sapura bersikap amanah dengan tugas yang telah diberikan kepadanya.  
d)  Baik hati.  Contohnya, Sapura dan keluarganya sanggup membantu Amri dan ibunya dengan membawa mereka ke hospital.  
e)  Simpati.  Contohnya, Sapura bersimpati dengan nasib yang menimpa Amri dan ibunya.
f)  Tabah.  Contohnya, emak Amri tabah menghadapi sikap suaminya yang sering meminta wang dan memukulnya.  
g)  Kasih sayang.  Contohnya, kasih sayang yang ditunjukkan oleh Amri apabila dia mengambilkan air untuk ibunya yang baru pulang dari kedai.
h)  Tolong-menolong.  Contohnya, keluarga Sapura membawa ibu Amri mendapatkan rawatan di hospital.
i)  Berterima kasih.  Contohnya, Amri mengucapkan terima kasih kepada Sapura kerana menolongya yang dalam kesusahan.  


Pengajaran

a)  Kita hendaklah bersikap amanah dengan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.
b)  Kita mestilah rada dan tabah dengan ujian dan ketentuan Tuhan.
c)  Anak-anak hendaklah menyayangi dan menghormati ibu dan bapa.
d)  Janganlah kita suka menyimpan dendam.
e)  Janganlah terlalu menurut perasaan kerana dapat mendatangkan kesan buruk.
f)  Kita haruslah berani menegakkan kebenaran.
g)  Kita mestilah berpendirian tegas.
h)  Kita janganlah suka memperdayakan orang lain.   

1 ulasan:

Alex Ng berkata...

Tlong msukkn contoh dgn pengajaran skali...tq

Catat Ulasan

...MaI bAGI Ikan MaKaN...